Adiguru Kraf ialah seseorang yang diberi penghormatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebagai seorang tokoh / master craftsmen setelah mereka menepati kriteria-kriteria seperti berikut:-
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan produk dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
- Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
- Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
- Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.
Adiguru Kraf Tenun Songket
Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut mewarnai indusri songket negara. Lahir pada 5 Februari 1948 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di tengah-tengah keluarga yang besar. Anak ketiga daripada sembilan adik beradik yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat meminati seni.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian meneruskan pengajian dalam jurusan tekstil pada tahun 1971 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA. Di sinilah beliau mendalami bidang seni khususnya dalam bidang tekstil. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1974, beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan.
Pucuk dicita ulam mendatang, ilmu yang diperolehi di menara gading diaplikasikan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan. Semasa di Kraftangan Malaysia beliau terus mendalami bidang tenunan khususnya songket. Sebagai pereka, beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri pengusaha-pengusaha songket. Beliau mendalami ilmu tenunan dengan turut serta melakukan proses dan kerja-kerja menyongket dari awal sehingga akhir.
Di hatinya telah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pengusaha songket yang berjaya. Rumah tangga yang dibina bersama Encik Shamsul Baharin Abdul Mutalib dikurniakan dengan tiga orang cahayamata. Minat dan cita-cita dikongsi bersama suami dan keluarga.Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, beliau meletakkan jawatan dan mengusahakan tenunan songket dan cita-cita beliau mendapat sokongan daripada suami serta keluarga. Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka, Puan Habibah memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket.
Setelah lebih daripada 33 tahun menceburi bidang Tenunan songket, Puan Hajah Habibah telah meletakkan namanya sebagai penenun yang terkenal dan disegani di negara ini. Hasil ciptaan kreatif beliau telah menyemarakkan semula industri songket negara.
Banyak kejayaan yang diraih beliau sepanjang tempoh mengusahakan tenunan songket. Pada tahun 1987 beliau menerima Anugerah - The Best Traditional Textile ASEAN di Jakarta. Beliau turut menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002.
Bibah Songket merupakan mercu tanda kejayaan Puan Habibah. Seramai 50 orang penenun songket bernaung di bawahnya, membantu beliau menghasilkan songket yang yang halus, cantik dan berkualiti. Songket rekaan beliau turut dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV 3 dan Pos Malaysia pada tahun 2004.
Adiguru Kraf Ukiran Tradisional
Ukiran kayu merupakan satu lagi seni kraf warisan yang telah lama dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Di antara pengukir terkenal dan disegani ialah Wan Mustafa Wan Su yang dilahirkan pada 5 Mei 1939. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ukiran selam 39 tahun. Kemahiran asas mengukir diperolehi daripada ayahandanya Wan Su Wan Othman yang merupakan seorang pengukir tersohor negara dan juga Adiguru Kraf Ukiran Kayu.
Beliau telah berjaya membuka galeri ukiran kayu yang dikenali sebagai Balai Seni Wan Mustafa Wan Su. Di sini beliau menyiapkan tempahan yang diterima dengan dibantu oleh 30 orang pengukir mahir dan separuh mahir. Balai Seni ini juga turut memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda setempat. Wan Mustafa turut memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pengukir muda yang berminat mendalami seni ukiran trradisional.
Dewan Bahasa Dan Pustaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada pengkaji istilah bahasa bagi bidang ukiran berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh beliau.
Penghayatan Wan Mustafa terhadap seni ukiran yang diwarisi sejak turun temurun dapat dilihat pada hasil kerjatangannya dan juga pemilihan pengukir-pengukir yang hendak bekerja dengannya. Calon memberi keutamaan dan hanya memilih pengukir yang tidak pernah bekerja dengan mana-mana pengukir lain.
Bagi calon nilai dan kualiti hasil kerja terletak pada kesempurnaan sesebuah ukiran. Beliau akan membaiki sendiri setiap ukiran yang dihasilkan sehingga merasa puas hati dan barulah ianya diserahkan kepada pelanggan yang menempah.
Bagi menghargai usaha dan kegigihan beliau dalam bidang ukiran yang menjadi kebanggaan negara ini, pada tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu Tradisional oleh Kraftangan Malaysia
Adiguru Kraf Sulaman Nyonya
Sulaman Nyonya kebiasaannya menghiasi baju kebaya yang menjadi pakaian wanita keturunan Baba. Kehalusan sulaman berwarna ini dihiasi dengan pelbagai reka corak yang terdiri daripada flora dan fauna. Salah seorang pakar sulaman ini ialan Puan Lim Swee Kim yang dilahirkan di Kelantan pada 17 Jun 1933. Setelah berkahwin beliau menetap di Pulau Pinang dan mengusahakan sulaman bagi menambah pendapatan keluarga. Mula mempelajari seni sulaman sejak beliau berusia lapan tahun. Kepakaran menyulam diwarisi daripada ibunya. Beliau menguasai kemahiran menyulam pada usia 15 tahun dan sejak itu beliau menceburi bidang ini secara sepenuh masa.
Dengan menggunakan mesin jahit kaki, beliau menyiapkan tempahan baju, cheongsam dan kebaya bersulam mengikut kehendak pelanggan.
Sepanjang tempoh penglibatannya, beliau telah menghasilkan lebih 1,000 rekaan motif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bunga, binatang, buah-buahan dan juga abstrak.
Beliau turut memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri daripada beliawanis yang datang dari seluruh negara. Selama lebih empat dekad beliau telah melatih lebih daripada 50 pelajar dan ada di antara mereka yang telah menjadi pengusaha sulaman.
Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar sulaman kepada pelajar dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun, Mongolia, Afrika can Amerika Syarikat. Pada tahun 2004 beliau telah menerima seorang pelatih dari Amerika Syarikat yang berjaya menguasai kemahiran menyulam dalam masa dua minggu. Dr. Jesicca Krakow belajar selama lapan jam setiap hari dengan bimbingan Puan Lim. Beliau berjaya menyulam sehelai baju kebaya sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.
Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006 oleh Kraftangan Malaysia bagi menghargai sumbangan yang diberikan.
Adiguru Kraf Rebana Ubi
En. Mat Yaacob mula menceburi sejak kecil dengan mengikut bapa dan juga bapa saudaranya yang aktif membuat dan memainkan rebana ubi. Datuk moyang tokoh dan Kampung Baru Pupuk sememangnya masyhur dengan seni rebana ubi sejak dahulu lagi. Tokoh mula bermain rebana ubi sejak 56 tahun yang lalu iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Kini, selain daripada mengusahakan pembuatan rebana ubi, tokoh juga bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah.
Rebana ubi yang dihasilkan tokoh masyhur di serata negeri kerana kemahiran tokoh dalam proses mengikat kulit kerbau yang telah kering serta diregangkan pada badan rebana. Proses yang paling rumit ini dinamakan proses ’mengambil’. Kelebihan inilah yang membuatkan tokoh menerima tempahan bukan sahaja dari luar malahan dari pengusaha rebana ubi yang lain kerana kemahirannya dalam proses ini sukar ditandingi dan amat berkualiti.
Proses pembuatan rebana ubi masa dahulu adalah lebih rumit berbanding kini kerana penggunaan peralatan-peralatan tangan. Dahulu, kayu-kayu besar agak sukar dipotong kerana hanya menggunakan gergaji buaya dan ditebuk menggunakan kapak. Namun kini, semua proses tersebut menjadi lebih mudah dengan mengguanakan mesin tanpa menjejaskan mutu kayu dan kualiti bunyi rebana ubi.
Adiguru Kraf Ukiran Halus
Allahyarham Tengku Ibrahim dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Gong Kemuntong, Besut Terengganu. Mula mengukir seawal usia remaja dan mempelajari kemahiran ini dari ayahnya. Beliau yang lebih mesra dangan panggilan Ayah Ku merupakan antara tokoh yang tersohor kepakarannya dalam seni ukiran halus senjata tradisional khususnya kepala keris.
Setiap ukiran yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Ayah Ku menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan.
Di samping itu juga, beliau mempunyai kemahiran mereka cipta peralatan mengukir seperti pahat, set penebuk lubang, semawar serta mesin menajamkan pahat.
Tengku Ibrahim insan seni yang mempunyai personaliti yang baik dan berwibawa tinggi. Ilmu kemahiran yang diperolehi diperturunkan kepada anak-anak muda yang ingin mendalami bidang ukiran.
Hasil ukiran beliau pernah dipersembahkan ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan Sultan Azlan Muhibbudin Shah serta mantan Perdana Menteri yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilantik sebagai ADIGURU KRAF UKIRAN HALUS pada tahun 1995 dan diiktiraf sebagai Tokoh Negara pada tahun 1998.
Adiguru Kraf Tenun Songket
Dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 7km dari Kuala Terengganu. Ketika itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun. Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran.
Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun rupa-rupanya menjadi pendorong kepada penduduk kampong ini untuk membina kerjaya khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran menenun kain diusahakan secara serius oleh kaum wanita termasuk keluarga Mariam. Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak membantu suaminya menyara tujuh orang anak yang masih kecil.
Selepas menamatkan pendidikan pada tahun 1955, Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13 tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin melihat beliau menjadi guru tidak tercapai apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan kesungguhan akur dengan keputusan yang diambilnya untuk menjadikan tenunan songket sebagai mata pencarian.
Selama penglibatan dalam bidang tenunan ini, beliau banyak berurusan dan menerima bantuan daripada badan-badan yang berkaitan dengan kraftangan antaranya Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Sokongan dari mereka turut menjadi pemangkin terhadap kerjaya beliau. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau ,pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Negara.
Lagi ADIGURU di sini

1 comments:
Adiguru tu mesti orang yang betul2 mahir
Post a Comment